Archive for October, 2008


ALAHAN MAKANAN (FOOD ALLERGY)

Pakar kanak -kanak telah lama mengetahui bahawa sesetengah kanak -kanak boleh mendapat gatal -gatal kulit , lelah resdung , cirit-birit , muntah -muntah dan sebagainya setiap kali mereka makan bahan-bahan yang tidak serasi dengan mereka. Ketidakserasian nin mungkin di sebabkan oleh masalah penghadaman atau oleh alahan makanan ( food allergy ). Keadaan ini boleh berlaku pada peringkat bayi lagi , malah ada para penyelidik yang berpendapat bahawa ia boleh berlaku pada peringkat janin lagi. Ini berdasarkan pengalaman beberapa orang wanita hamil yang mengadu bahawa setiap kali mereka meminum banyak susu lembu , janin dalam rahim mereka aktif dan menendang lebih kuat daripada biasa. Ini reaksi terhadap sesetengah jenis makanan. Alahan makanan berbeza dengan masalah penghadaman. Antibodi boleh dikesandi dalam darah seseorang yang mengalami alahan makanan.

Kes alahan makanan memang pernah juga di temui di klinik kanak -kanak. Tetapi , kanak -kanak yang mengalaminya tidak semestinya menunjukkan alahan terhadap bahan -bahan yang sama. Ia berbeza antara seorang kanak -kanak dengan kanak kanak lain. Penyakit alahan seperti lelah , resdung , mata merah dan gatal -gatal kulit sering dialami. Berikut iailah satu contoh riwayat kes kanak -kanak yang mengalami alahan.

 KES  

Arif dilahirkan normal , cukup bulan , dalam keadaan baik dan  beratnya 3.2kg. Ibunya telah memberinya susu badan sehingga       dia berusia dua bulan  . Berat badanya naik dengan memuaskantetapi apabila ibunya mula bekerja semula , Arif telah diberikanformula susu tepung lembu kerana ibunya tidak berupaya memberinyasusu badan lagi. Dua minggu selepas pemberian susu formula tepung ,bibir Arif mula kelihatan kekeringan dan kemerah -merahan. Kulit badanya juga mula kelihatan kering sehingga kebahagian lampin. Dia lebih kerap membuang air besar dan najisnya pula kelihatan lebih cair. Ibunya telah membawa dia berjumpa doktor tetapi ubat yang dibekalkan agak kurang nyenyak tidur, sering terjaga di waktu malam dan menangis berpanjangan. Dia selalu batuk -batuk terutama padawaktu malam. Dia juga kerap muntah pada waktu siang hari.Adakalanya , mulutnya kelihatan merah sewaktu menyusu. Dia jugaTidak bergitu berminat untuk menyusu. Walau bagaimanapun , dia tetap sihat dan aktif dan menunjukkan tahap perkembangan yang memuaskan. Ayahnya dan kakanya menghidap penyakit lelah. Doktor menasihatkan ibunya supaya tidak memberi Arif susu tepung lembu selama dua minggu dan menukar kepada susu protein soya. Selang beberapa hari sahaja Arif  kelihatan lebih riang daripada biasa. Kulitnya tidak lagi terlalu kering dan tidak lagi batuk atau muntah -muntah pada waktu malam. Tidurnya lebih nyenyak dan berat badanya juga naik dengan memuaskan.

 

Sebulan kemudian , ibunya telah memberinya susu tepung lembukembali . Masalah lamanya berulang kembali. Dia kurang minatmenyusu dan kulitnya mula kering serta menjadi menjadi merah.Sekali lagi ibunya dinasihatkan supaya memberi Ariff susu kacang soya. Keadaannya berubah menjadi lebih baik. Tanda -tanda ini berulangkembali apabila si anak itu diberi susu tepung lembu dengan tidak sengaja oleh pembantu rumahnya dan reda semula apabila pemberian susu tepung dihentikan. Ibu bapanya semakin yakin yang anak mereka memangalah pada susu lembu dan mereka lebih berjaga -jaga agar anak mereka tidak diberi makanan yang mengandungi bahan -bahan daripda susu lembu.

Riwayat di atas merupakan satu contoh kes kanak -kanak yang mengalami alahan terhadap susu lembu. Selain susu lembu , ada bahan -bahan makanan lain yang merupakan unsur alahan bagi sesetengah kanak -kanak. Setiap kali bahan -bahan alahan itu dimakan , timbullah reaksi gatal -gatal , hidung berhingus , batuk dan muntah , cirit dan sebagainya. Lazimnya , si ibu yang memerhatikan dengan teliti pemakanan anaknya akan dapat mengagak bahan -bahan makanan yang tidak serasi dengan si anak.

Antara bahan -bahan makanan yang boleh menyebabkan alahan termasuklah telur , daging , udang dan bahan awetan.

Penyakit -penyakit lain juga boleh mengakibatkan tanda -tanda yang sama seperti yang dipamerkan oleh mereka yang menghidap alahan makanan. Umpamanya , seseorang kanak -kanak yang cirit -birit dan muntah -muntah berkemungkinan terkena keracunan makanan ( food poisoning ) , penyakit cirit – birit akibat jangkitan kuman atau reaksi alahan (allergic reaction ) terhadap bahan makanan.

Bagaimana hendak mengenal pasti alahan pada bahan pada makanan ? 

Seseorang doktor yang menilai dan memeriksa bayi atau kanak -kanak perlu sentiasa memikirkan kemungkinan berlakunya alahan makanan jika si anak itu menunjukkan tanda -tanda seperti di bawah ini :-

·    selesema , batuk -batuk , merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut.

·    Ekzema kulit , gatal -gatal kulit.

·    Kurang subur , sering muntah -muntah dan cirit serta perut buncit .

·    Sentiasa resah , tidak nyenyak tidur , sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif.

Tanda -tanda yang sama boleh juga terdapat pada berbagai -bagai jenis penyakit lain. Seseorang doktor boleh mengesyaki kemungkinan berlaku alahan makanan dengan mengambil riwayat yang terperinci dari ibu bapa tentang kaitan di antara bahan -bahan yang di makan dengan tanda -tanda yang ditunjukkan. Kanak -kanak yang memepunyai riwayat seperti Arif mungkin mengalami alahan makanan.

Adakalanya , agak sukar untuk mengenal pasti bahan makanan yang menyebabkan alahan kerana si anak mengambil berbagai -bagai jenis makanan. Satu cara mengatasi masalah ini iailah dengan menyediakan jadual makanan harian yang tidak mengandungi bahan -bahan yang disyaki boleh menyebabkan alahan dan melihat sama ada tanda -tanda alahan itu reda atau berkurangan setelah kanak -kanak tersebut mengambil bahan -bahan makanan itu selama satu atau dua minggu. Ibu bapa sendiri boleh mengesyaki bahan -bahan makanan yang tidak serasi dengan anak mereka. Kadangkala , si anak sendiri tidak mahu mengambil sesuatu jenis makanan , seolah -olah sistem badanya tahu bahawa bahan -bahan tersebut tidak sesuai baginya.

Adakalanya pula , doktor menggunakan ujian kulit (skin tests ) untuk mengecam tanda -tanda berlakunya alahan makanan. Ujian darah seperti IgE , RAST dan lain -lain boleh membantu memberikan maklumat tentang punca alahan yang dialami oleh kanak -kanak itu.

Kadangkala , seseorang anak itu disyaki alah terhadap beberapa jenis makanan. Dalam keadaan ini, si ibu perlulah menyediakan makanan khas. Bantuan serta nasihat pakar kanak -kanak dan pakar diet diperlukan. Dalam tempoh satu minggu , semua bahan makanan yang biasa dimakan oleh anak itu (seperti susu ,telur ,ayam dan makanan yang mengandungi bahan awetan ) akan dielakkan. Sianak hanya akan diberikan bahan makanan segar selama satu minggu. Nasi , daging , sayur dan buah -buahan boleh terus diberikan sedikit demi sedikit. Si anak akan diperhatikan untuk mengesan sebarang tanda alahan. Jika tanda -tanda alahan masih tidak reda , doktor pakar boleh membuat andaian bahawa kemungkian kanak -kanak tersebut telah diberikan bahan makanan yang tidak serasi secara tidak langsung tanpa disedari. Umpamanya , walaupun si anak tidak diberi makan telur , dia mungkin akan tetap menunjukkan tanda alahan jika kuih -muih yang mengandungi ramuan telur diberikan.

Jika tanda -tanda alahan telah reda , bahan -bahan makanan yang biasa dimakannya dahulu bolehlah mula diberikan sedikit setiap hari. Pengambilan bahan -bahan makanan itu ditambah jika tanda -tanda alahan tidak timbul walaupun setelah bahan -bahan itu banyak dimakan , bolehlah dibuat kesimpulan bahawa si anak itu tidak alah terhadap bahan -bahan tersebut. Bahan -bahan makanan lain pula boleh dicuba denagn cara yang sama. Dengan cara ini , dapatlah diketahui bahan makanan mana yang tidak serasi dengan anak itu.

Masalah penghadaman  

Adakalanya , seseorang kanak -kanak itu menunjukkan kurang keserasian terhadap sesuatu jenis bahan makanan  sehingga menimbulkan masalah penghadaman. Keadaan ini tidak sama seperti alahan kerana tidak terdapat antibodi dalam darahnya yang boleh menunjukkan dia alah terhadap bahan makanan itu.

Dalam satu majlis jamuan ringgan , seorang daripada tetamu telah mengeluh panas badan. Tanggannya menggeletar dan dia mengadu sakit perut . Sebenarnya ,dia tidak serasi dengan bahan monosodium glutamat. Dia pernah menyatakan bahawa dia sering mendapat reaksi ini apabila termakan bahan yang mengandungi monosodium glutamat. Keadaan ini tidak serupa dengan alahan makanan kerana terdapat antibodi seperti yang terdapat pada kanak -kanak yang alah pada susu lembu. Kemungkinan tubuhnya tidak mempunyai enzim atau bahan kimia yang diperlukan untuk proses penghadaman. Ini menyebabkan dia tidak serasi terhadap sesuatu bahan makanan.

Satu lagi contoh iailah kanak -kanak yang tidak serasi dengan gula fuktos ( fructose intolerance ) kerana tubuhnya tidak mempunyai enzim yang mencukupi. Dia tidak serasi dengan sebarang bahan makanan yang mengandungi fruktos. Gula -gula banyak mengandungi fruktos dan setiap kali kanak -kanak itu memakannya , dia akan kurang berasa kurang selesa , loya , muntah -muntah atau terpaksa meluahkannya keluar. Satu lagi keadaan yang biasa berlaku iailah gluten intolerance. Keadaan ini biasanya terdapat di kalangan kanak -kanak di barat. Setiap kali diberi makanan ynag mengandungi gluten seperti yang terdapat dalam beras gandum , dia akan mengalami cirit -birit. Jika dibiarkan berterusan , pertumbuhan badanya mungkin tidak akan subur.

Saya pernah juga bertemu seorang kanak -kanak yang tidak serasi dengan minuman oren kordial dan manis -manisan. Dia akan menjadi lebih resah , terlalu aktif dan singkat tumpuan perhatiannya jiak memakan bahan -bahan ini secara berlebih -lebihan. Seorang kanak -kanak berusia 11 tahun sering mengalami sakit kepala jika dia minum coca -cola atau makan burger daging berlebih -lebihan.

Walaupun keadaan ini jarang berlaku , ia tidak sewajarnya dipandang ringan. Jika dapat dikenal pasti , pengambilan bahan -bahan makanan itu boleh dielakkan.

Bagaimana caranya untuk mengelakkan anak daripada mendapat reaksi alahan ?

 Jika terdapat masalah alahan dalam keluarga , pastikanlah bayi anda yang baru lahir diberikan susu badan. Pemberian susu lembu pada peringkat awal kelahiran boleh menyebabkan si anak mendapat reaksi alahan. Penyelidikan yang dijalankan oleh pakar kanak -kanak di Hospital Universiti telah menunjukkan bahawa jika si anak itu mendapat penyakit cirit -birit dalam tempoh dua bulan pertama kelahirannya , dia berkemungkinan besar akan mendapat reaksi alahan jika diberi susu yang mengandungi protien lembu. Ramai pakar yang menyarankan supaya bayi -bayi dari keluarga yang mempunyai baka alahan tidak diberi makan pada peringkat awal kelahiran untuk mengelakkan reaksi alahan terhadap kanak -kanak itu. Sebaliknya , mereka menyarankan supaya telur diberikan hanya selepas bayi itu berumur lebih daripada sembilan bulan.

Sesejenis maknan yang baru diperkenalkan kepada bayi perlulah diberikan sedikit demi sedikit untuk tempoh beberapa hari. Sepanjang waktu itu , ibu bapa perlulah memerhatikan kemungkinan timbulnya sebarang reaksi seperti kemerah -merahan di sekeliling bibir , batuk -batuk , selesema , cirit , muntah -muntah , gatal -gatal kulit dan sebagainya. Jika timbul sebarang reaksi , makanan yang lain pula boleh diperkenalkan dengan cara yang sama.

Kesimpulan

Ketidakserasian terhadap bahan makanan sering juga dialami oleh kanak -kanak. Seseorang doktor perlu peka tentang kemungkinan berlaku ketidak serasian ini jika terdapat tanda -tanda seperti gatal -gatal kulit , cirit , muntah -muntah , keresahan dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan sesejenis bahan makanan. Suatu jenis makanan mungkin tidak serasi dengan seorang kanak -kanak tetapi tidak menimbulkan apa -apa masalah kepada kanak -kanak lain. Masalah ini boleh diatasi denagn memastikan bahawa makanan -makanan yang menimbulkan ketidakserasian tidak diberi kepada kanak -kanak yang terlibat. Ubat -ubat tertentu boleh dibekalkan untuk mengurangkan atau menghilangkan tanda -tanda yang disebabkan oleh ketidakserasian makanan.

Penyakit & Tanda-tanda

Tekanan Darah Tinggi

Tekanan sistol (atas) 140 ke atas.
Tekanan Disatol (bawah) 90 ke atas.
Lemah semangat. Lenguh bahagian bahu.
Sukar tidur malam.Mata merah sebam.
Sering sakit kepala. Leher rasa tegang.
Belakang kepala bahagian atas rasa sakit dan tegang.
Sakit kepala (berlaku selama 2 – 10 hari).

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee).
Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan kerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Tidur secukupnya . Makan makanan yang berserat tinggi seperti oat dan sebagainya. Kurangkan beret badan dan banyakan senaman.

Tekanan Darah Rendah
Kaki dan tangan sejuk.
Pening bila bangun cepat.
Cepat letih.
Muka pucat.
Selalu mengalami kelemahan dengutan jantung.
Tegang leher bawah.
Kepala pening memusing.

Minum air secukupnya. Makan makanan berkhasiat dan bergaram. Jangan bekerja keras.
Kawal perasaan supaya tenang.

Buasir
Berak berdarah.
Dubur berasa sakit di bahagian luar atau dalam.
Dubur terasa gatal-gatal.

Minum jus aleo vera. Kurangkan makanan pedas dan berasid.
Lebihkan makan buah-buahan dan sayuran serta makanan berserat tinggi (gentian). elakkan mengalami sembelit.Jangan mengangkat barang-barang yang berat. Tidak meneran ketika membuang air besar.

Kencing Manis
Kerap buang air kecil.
Sering rasa dahaga.
Badan berasa lemah.
Mudah letih.
Mengalami luka yang sukar disembuhkan.
Dalam masa jangka panjang boleh mengakibatkan darah tinggi, sakit jantung, mata kelabu, kulit jadi hitam dan pecah berair.Paras gula meningkat dalam seminggu.
Tangan dan kaki menjadi bengkak sedikit.
Keadaan akan berkurangan selepas seminggu.

Kurangkan makanan berminyak, berlemak, garam dan makanan berkanji (nasi, mee). Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan bekerja terlalu berat dan tenangkan perasaan. Makan dalam jumlah yang sedikit. Banyakan senaman ringan. Minum air rebusan Hempedu bumi.

Sakit Puan
Keluar cairan putih (penyakit keputihan)
Haid tidak normal dan berasa sakit.
Cairan putih keluar semakin banyak.
Haid tidak stabil.

Kesan pemulihan dapat dirasai setelah makan jus 2 hingga 3 botol (500ml).
Jangan minum air sejuk (ais). Digalakkan mandi air panas.
Tenangkan perasaan.

Sakit Sendi, Sengal, Pirai
Sendi sakit dan bengkak. Rasa panas di bahagian berkenaan.
Luka lama di sendi berasa sakit.
Bila serius, sendi-sendi menjadi bengkak.
Sendi rasa sakit. Badan jadi panas.

Kurangkan makanan berprotein, kacang pisang dan rebung.

Reumatisme
Berasa sakit sebelum hujan.
Sengal di bahagian sendi atau seluruh bahagian badan.
Kadar metabolisme menjadi lemah.Bertambah sakit .

Kurangkan makanan berprotein, kacang, pisang dan rebung.

Sakit Jantung
Sakit di bahagian atas dada di sebelah kiri.
Sakit di bahagian lengan atas tangan kiri.
Biasanya berlaku bila perasaan tertekan dan senaman yang berlebihan.
Sesak nafas
Rasa sakit di dada
Kebas di lengan atas tangan kiri.

Kurangkan makanan berlemak, kolesterol. Jangan minum arak.
Kurangkan merokok. Masa tidur yang cukup dan bangun awal.
Dapatkan nasihat doktor

Lumpuh
Bercakap telor (tidak dapat bercakap dengan betul)
Kebas tangan dan kaki selepas bangun pagi.
Pergerakan badan tidak lancar. Gangguan ingatan
Rasa sakit di bahagian saluran darah yang tersumbat.
Sakit dan pening kepala.
Bila terjadi kebas tangan, kaki dan percakapan tidak lancar,

Perlu banyak berehat sepenuhnya untuk mengelakkan “stroke”

Ulser Gaster
Sakit di ulu hati.Pedih di dalam perut.
Tekak rasa pahit ketika sendawa.
Bila serius, muntah atau berak berdarah hitam.
Seram sejuk. Perut rasa pedih. Berlaku cirit-birit atau sembelit.

Selepas makan jus 1 hingga 2 botol (500ml), berasa lega.
Jangan makan makanan yang masam dan pedas.
Kuantiti makanan dan masa makan hendaklah tetap.

Barah
Keluar darah di bahagian yang berkenaan.
Kulit bengkak dan pecah di bahagian berkenaan.
Ketumbuhan (tumor) yang keras.
Keluar darah dan nanah.
Jika di peringkat awal dan pertengahan, boleh dipulihkan.

Makan banyak sayur-sayuran.
Makan sayur-sayuran segar secara mentah.
Kurangkan memakan daging merah.
Boleh mendapatkan rawatan radioaktif.

Asma, Penat / Lelah
Pernafasan tidak lancar.
Cuaca kering, berangin dan berdebu boleh menyebabkan asma berlaku.
Batuk terutamanya waktu pagi
Bertambah tenat selama 2 – 3 hari.
Kadangkala muntah. Keluar kahak.

Kurangkan pengambilan makanan mentah dan minuman sejuk.
Jangan kerja keras.

Batu Karang
Sakit menyucuk di bahagian pinggang.
Bertambah sakit. Air kencing berkapur.
Kencing berdarah.

Jangan menahan kencing.Kurangkan makanan berkalsium. Meminum air teh daun misai kucing

Jerawat
Disebebkan horman tidak seimbang, sembelit atau jangkitan kuman.
Biji-biji di muka mengandungi nanah

Kurangkan makanan berminyak atau berlemak.
Tidur yang cukup. Tenangkan perasaan.

Sakit Buah Pinggang (ginjal)
Seluruh badan terasa letih. Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak. Sakit tapak kaki pada waktu ppagi.
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil. Kerap buang air kecil.
Sakit di bahagian pinggang. Muka, kaki dan tangan bengkak sedikit.

Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang.

Sakit Buah Pinggang (ginjal) yang teruk dan menggunakan Dialysis
* Rujuk Pesakit Buah Pinggang.
Seluruh badan terasa letih.Muka pucat sebam.
Kaki dan tangan bengkak.Sakit tapak kaki pada waktu pagi.
Telinga berdengung. Kadang-kadang rambut gugur.
Susah buang air kecil.

Buang air kecil lebih lancar.
Selepas 3 – 6 minggu, rawatan dialysis boleh dikurangkan.
Selepas sekurang-kurangnya 8 bulan sakit ini akan mulai pulih.
Minum air sedikit demi sedikit. Jangan minum minuman bergas
Kurangkan makanan masin.
Duduk terlalu lama boleh melemahkan fungsi buah pinggang.
Senaman memusingkan pinggang boleh membantu menguatkan pinggang

Badan Berasid Tinggi
Badan sentiasa berasa panas
Pecah di bahagian dalam mulut termasuk gusi.
Mudah letih dan kurang bersemangat
Selalu berasa mengantuk.
Badan menjadi panas.
Rasa dahaga.
Air kencing berwarna perang.
Kerap kentut.

Hepatitis A, B & C
Badan lemah. Demam.
Air kencing berwarna kuning perang.
Najis berwarna putih. Mata, muka dan kuku berwarna kuning.
Muntah. Perut rasa sesak. Kurang selera makan. Sakit-sakit sendi

Jangan makan makanan yang berlemak selama dua bulan.
Jangan kerja teruk selama dua bulan.
Jika tidak berbuat demikian, kemungkinan berlakunya kerosakan kekal pada hati.

Neurosis (Sakit jiwa ringan)
Selalu rasa bimbang dan was-was.
Hilang konsentrasi. Menjadi pelupa
Mudah letih dan kadangkala tangan menggigil.
Sukar tidur pada waktu malam. Cepat marah
Di peringkat awal, sakit / tegang kepala.

Tenangkan perasaan dan ambil mudah dalam masalah harian
Jangan banyak merancang dan berfikir . Lakukan senaman ringan dan beriadah

Insomnia (Sukar tidur malam)
Insomnia terjadi disebabkan terlalu bimbang
Neurosis juga menyebabkan insomnia
Selalu bermimpi sehingga menganggu tidur.
Peringkat awal tegang kepala

Tenangkan perasaan sebelum tidur .Jangan paksa tidur.Gunakan teknik bau-bauan(Aromaterapi). Jangan Makan 2 jam sebelum tidur

Resdung
Hidung berhingus dan bersin pada waktu pagi.
Sakit atau gatal disekitar pipi, hidung, mata dan telinga
Kurang deria bau (hidu)
Iklim panas dan lembab menyebabkan mudah terjadi resdung
Hidung cukup sensitif / alahan.

Jangan terlalu fikirkan tentang masalah resdung. Ini melambatkan penyembuhan. Tidak membela binatang peliharaan.Kurangkan pengunaan karpet di rumah. Kurangkan pengambilan makanan laut dan belacan.

Anemia (Kurang darah)
Selalu pening kepala
Tangan dan kaki menjadi sejuk
Muka pucat dan Badan lemah
Keluar darah dari hidung. Pening kepala
Permakanan perlu seimbang dan tambahkan makanan berzat

Mandul
Rahim tidak subur (sejuk)
Saluran uterus tersekat atau tersumbat
Sperma kurang atau lemah (lelaki)
Keluar banyak darah haid berwarna hitam.

Jalani ujian pemeriksaan dan dapatkan nasihat doktor

Psoriasis (Penyakit kulit)
Disebabkan kadar metabolisme kulit tidak normal (sel baru tumbuh sebelum sel lama mati)
Gangguan perasaan membuatkan penyakit ini semakin teruk.

Tenangkan perasaan. Senangkan hati dan jangan banyak berfikir
Selalu bersihkan kawasan persekitanran jangkitan.
Berjemur dan Kurangkan membasihi tempat jangkitan. Kurangkan pemgambilan makanan laut

Kaki busuk (Hongkong Foot)
Disebabkan serangan fungus (kulat)
Mudah terjadi semula.
Selalu berlaku perasaan terganggu.
Terasa gatal-gatal.

Tenangkan perasaan. Sering tukar sarung kaki.
Gunakan kasut yang mudah di masuki angin. Sapukan bedak berubat.

Beguk (Gerondong)
Disebabkan hormon tidak seimbang dan kurang iodin
Makan banyak dan kerap.Pembengkakan kelenjar liur. Pipi bengkak dan demam.

Permakanan seimbang. Sapukan Cuka yang telah dicampur nila.

Sawan (Penyakit Tarik)
Disebabkan oleh fungsi hemispiar otak kiri dan kanan tidak seimbang.
Menjadi tarik secara tiba-tiba. Kekejangan. Mulut berbuih.

Keluarga beri perhatian kepada pesakit untuk mengelakkan kemalangan.
Pesakit tidak boleh melakukan tugas-tugas yang merbahaya. Tidak digalakkan membuat aktiviti di kawasan berair dan tempat tinggi . Tenangkan fikiran, jangan tidur lewat. Perlu mengambil ubat dan mengikut nasihat doktor.

Kulit Pecah-pecah dan Berair Bisa
Disebabkan badan berasid / beracun, darah kotor, kencing manis

Kurangkan makanan berjenis daging merah dan
banyakan makan sayur.

Luka Dalaman
Luka dalaman menyebabkan pengaliran darah tersekat
Jika tidak dirawat, menyebabkan sakit urat saraf, sakit sendi, darah tinggi, sakit buah pinggang.
Sengal dan sakit di bahagian yang luka
Rasa panas di bahagian yang sakit
Kadang-kadang kencing berdarah atau berwarna perang.
Pengambilan jus mengkudu boleh mengurangkan luka dalaman.

Kurangkan pengambilan makanan yang keras dan lambat hadam.

Selepas Pembedahan
Rasa sakit di bahagian yang dibedah.

Tidak melakukan aktiviti lasak.
Pengambilan Jus mengkudu dan ikan haruan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan.

Meroyan (Selepas bersalin)
Disebabkan fungsi badan tidak seimbang selepas bersalin
Tekanan perasaan.
Menjadi histeria seperti dirasuk hantu
Kadang-kadang disebabkan darah nifas tidak habis keluar.
Mengantuk. Badan rasa sakit. Darah nifas keluar habis-habisan

Perasaan menjadi tenang selepas dua minggu.
Keluarga beri perhatian lebih untuk menenangkan perasaan pesakit
Jangan disangka pesakit dirasuk hantu. Makan makanan berkhasiat.

Terlalu banyak makan ubat Barat
Fungsi badan tidak lancar
Kesan sampingan yang mengancam kesihatan
Ruam dan bintik merah, mungkin gatal
Mulut pecah bahagian dalam bibir, gusi, lidah
Hati menjadi rosak.

Alkoholik (Ketagih arak)
Selalu sakit kepala
Dengutan jantung semakin cepat
Perut dan dada terasa sesak dan ketat
Minum arak boleh memusnahkan sel-sel hati dan otak.

Selsema
Berhingus dan Sakit tekak yang ringan . Bersin dan mata berair. Kurangkan mandi ketika diserang selsema . Ambil Vitamain C

Sembelit
Pembuangan air besar yang jarang-jarang
Najis kering dan keras. Kerap kentot . Rasa sakit bila membuang air besar.

Tambahkan pengambilan makanan berserat. Minum air secukupnya. Makan sayur-sayuran dan buah-buahan

Gastrik
Sakit ulu hati dan Pedih didalam perut.
Tekak rasa masam ketika sendawa
Seram sejuk dan Berlaku cirit-birit atau sembelit

Makan pada waktunya. Jangan berlapar.

Gout
Sakit berdenyut pada sendi
Sendi kemerahan, membengkak dan terasa panas
Sendi menjadi sakit dan terasa panas.

Kurangkan pengambilan makanan laut.

Sakit Kuning
Berasa panas dan demam
Sengal-sengal badan Badan lebih panas
Air kencing berwarna keruh.Meloya.

MUTTON CURRY (Kari Kambing)

Ingredients:

300g mutton – shin, ribs or even meaty bones
5cm ginger
2 cloves garlic
1 onion – sliced lengthwise
2 sprigs curry leaves
3 tablespoons cooking oil
1 stick of cinnamon
3 cardamoms
2 star anise
3 cloves
3 tablespoons meat curry powder
1 tablespoon kurma powder
1 teaspoon ground white pepper
1 cup thick coconut milk
1 cup water
2 potatoes 5“ cut into desired sizes
2 tomatoes, cut into wedges
3 red chillies 5“ halved
Salt to taste
A few sprigs coriander leaves cut into 2cm lengths
A slice of lime

Method:

Cut the meat into bite pieces. Pound the ginger and garlic together until fine.

In a pot, heat up the cooking oil, then put in the onions, curry leaves and the pounded ginger and garlic along with the cinnamon, star anise, cloves and cardamoms.

When aromatic, add the curry powder, kurma powder and white pepper powder.

Add a little water and fry the concoction until oil surfaces.

Add the meat and mix it with the paste thoroughly.

When oil surfaces again, add the coconut milk and water and let the curry come to a boil. Lower the flame and let the curry simmer until the meat is tender.

Stir the curry to ensure it does not stick to the bottom of the pot. When the meat is tender, add the potatoes, cover the pot and let it simmer until the potatoes are soft.

Let the curry thicken a little before adding the tomatoes, chillies and coriander leaves. Turn off the fire and sprinkle the lime juice over the curry and mix well.

Let the curry stand for at least an hour for the flavour to develop before serving.

Note: thick mutton curry goes well with the Indian staples of rice, puttu mayam, thosai, idli and appam.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.