Rodell Vereen

Rodell Vereen

Seorang lelaki Columbia dituduh melakukan hubungan seks dengan seekor kuda buat kali kedua di kandang yang sama.

Aktiviti lelaki itu, Rodell Vereen, 50, terbongkar selepas pemilik haiwan tersebut, Barbara Kenley memasang kamera litar tertutup (CCTV) setelah mendapati kudanya itu berkelakuan aneh.

Kenley yang merupakan seorang wanita itu terkejut apabila melihat Vereen melakukan hubungan seks dengan kudanya menerusi CCTV.

Dia bertindak menahan suspek dengan menggunakan senapang patah ketika Verren sedang berasmara bersama kudanya yang berusia 21 tahun.

Vereen pernah ditangkap kerana melakukan hubungan seks dengan kuda yang sama dan dihukum berada dalam pemerhatian polis.

Vereen kini ditahan di dalam penjara dan akan menunggu nasibnya dibawa ke mahkamah.

Source: AP

About these ads