1.Diri anda sendiri

2.Ibubapa dan ahli keluarga anda

3.Rakan anda

4.Komuniti anda

Remaja yang sihat perlu mengenali diri sendiri dan mempunyai hubungan yang baik dengan ibubapa/ahli keluarga, rakan dan komuniti.

1.Diri anda sendiri

Adalah penting anda menghargai tubuh badan anda :

  • Memahami perubahan normal pada tubuh (Perubahan Akil Baligh).
  • Mengamalkan kebersihan diri yang baik.
  • Mengelak tingkahlaku berisiko :
    • Merokok
    • Mengambil dadah dan alkohol
    • Seks sebelum berkahwin
  • Menerima tubuh anda seadanya. Elak daripada mempunyai harapan terlalu tinggi (contohnya badan seperti peragawati).
    • Ketahui nilai diri anda
    • Timbang tara perlakuan yang betul dan salah
    • Pilih untuk melakukan perbuatan baik
    • Waspada terhadap kesan atau akibat perlakuan anda
    • Fahami bahawa tindakan anda mungkin menyakiti diri anda atau orang lain
    • Waspada terhadap pengaruh yang tidak baik yang ada disekeliling anda. (Contoh : rakan sebaya, internet, wayang gambar dan majalah)
    • Waspada terhadap tekanan rakan sebaya yang bertentangan dengan nilai hidup anda
    • Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai

Tingkatkan pengetahuan anda tentang seksualiti

  • Nikmati perhubungan yang sihat tanpa terlibat dengan aktiviti seks sebelum kahwin.
  • Ketahui akibat daripada perhubungan seksual.
  • Membuat keputusan sendiri bertepatan dengan ajaran agama dan budaya masyarakat sekeliling.
  • Fahami dan terima identiti jantina anda.
  • Fahami orientasi seksual anda.
  • Terima bahawa setiap individu mempunyai nilai-nilai yang berbeza.
  • Dapatkan bantuan daripada sumber yang boleh dipercayai.
2.Ibubapa dan ahli keluarga anda
  • Berkomunikasi dengan berkesan.
  • Tahu peranan dan tanggungjawab anda
  • Bertindak dengan bijak
  • Berbincang dengan ahli keluarga mengenai peraturan dan batas-batas pergaulan
  • Menghormati nilai-nilai dan hak orang lain.
  • Ibubapa anda mungkin mempunyai pandangan yang berbeza :
    • Terima dan hargai mereka seadanya
    • Dengar pandangan mereka
    • Sanggup berkongsi perasaan dengan mereka
    • Berbincang secara terbuka dan berkompromi
3.Rakan anda
  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Hargai pendapat dan nilai hidup rakan anda
  • Mengetahui batasan diri semasa menjalin persahabatan. Lihat Bulatan Perhubungan.
  • Elakkan diri dari tekanan rakan sebaya atau diperdaya
  • Pelajari cara menangani tekanan rakan sebaya secara positif.
4.Komuniti anda
  • Selain daripada anda, keluarga dan rakan-rakan, anda juga sebahagian daripada lingkungan komuniti yang lebih besar, termasuk :
    • Guru
    • Pemimpin
    • Sahabat handai
    • Saudara-mara
    • Ahli agama
  • Sedari bahawa sebarang tindakan anda mempunyai kesan terhadap ahli komuniti.
  • Berkomunikasi dengan berkesan.
  • Hargai nilai hidup, budaya dan pendapat orang lain.
  • Elakkan orang lain mengambil kesempatan ke atas anda.
  • Pelajari cara bertegas demi kebaikan semua pihak.

 

Warna dan makna “Bulatan Perhubungan”

Bulatan Perhubungan

Rajah menggambarkan hubung-kait diantara pelbagai warna bulatan dengan jenis-jenis hubungan

Rajah menggambarkan hubung-kait diantara pelbagai warna bulatan dengan jenis-jenis hubungan

 

  1. “Bulatan Peribadi – Ungu ”
    • Anda adalah insan terpenting dalam hidup.
    • Tiada siapa berhak menyentuh anda kecuali ianya kemahuan anda sendiri.
    • Anda tidak menyentuh insan lain kecuali insan tersebut ingin/membenarkan anda menyentuhnya.
  2. “Bulatan Pelukan Mesra – Biru ”
    • Hanya segelintir insan yang boleh memeluk anda dan sebaliknya – Seperti ibu dan ayah
  3. “Bulatan Pelukan – Hijau ”
    • Terdapat segelintir lagi insan yang anda berikan pelukan biasa yang tidak intim seperti kawan pada hari istimewa.
  4. “Bulatan Jabat Tangan – Kuning ”
    • Anda berabat tangan dengan kenalan ataupun apabila anda diperkenalkan dengan seseorang.
  5. “Bulatan Lambaian – Oren ”
    • Anda melambai tangan atau mengangguk kepala kepada mereka yang anda kenali.
  6. “Bulatan Orang Asing – Merah ”
    • Anda tidak menyentuh orang yang tidak anda kenali.
    • Orang yang tidak anda kenali tidak akan menyentuh anda.
    • Sentuhan boleh berlaku apabila anda berurusan dengan ahli komuniti .
    • Anda yang menentukan siapa yang boleh menyentuh diri anda. Sekiranya anda tidak selesa, katakan ‘berhenti’ dan terus beredar.

Sumber: KKM (MyHealth)