Hubungan seks hanya ‘kenikmatan sementara’ yang mengundang lebih banyak padah daripada faedah, kata pemimpin buangan Tibet, Dalai Lama.

imagessBeliau juga menganggap komitmen kepada keluarga dan pasangan sebagai halangan mempunyai minda yang tenang.

Berikutan itu, pemimpin itu menganggap tindakan menjauhi seks atau mempunyai pasangan sebagai lebih berfaedah kerana memberi banyak kebebasan.

Baginya, tindakan menjauhi seks itu juga mampu memberikan ketenangan fikiran.

“Hubungan seks itu boleh mencetuskan terlalu banyak masalah. Bagi saya, keinginan seks cuma memberikan kenikmatan sementara dan lazimnya membawa lebih banyak masalah daripada faedah.

“Sebagai manusia biasa, pasti ada keinginan untuk seks. Tetapi, gunalah minda dan kecerdikan sebagai manusia biasa untuk membuat penilaian dan menjauhi perkara seperti seks yang hanya mengundang padah seperti bunuh diri atau melakukan pembunuhan,” katanya.

“Biarpun pasti ada kekosongan dan rasa sunyi, tetapi seseorang itu pasti dapat menikmati hidup yang lebih bebas dan berdikari.

“Terlalu banyak ikatan atau hubungan dengan anak-anak dan pasangan antara halangan memiliki fikiran tenang.”

Sumber: Berita Harian