SEPANG – Seorang pelajar wanita tingkatan tiga yang ketagih seks sanggup membuang lebih 10 pucuk surat amaran yang dihantar pihak sekolah semata-mata mahu terus bermadu kasih dengan teman lelakinya di dalam kandang kambing di Jenderam Hulu di sini sejak tiga bulan lalu.

Pihak sekolah terpaksa menghantar surat amaran berulang kali ke rumah pelajar itu kerana gadis terbabit kerap ponteng sekolah dalam tempoh itu.

Pelajar berusia 15 tahun itu pula akan membuang surat-surat dari pihak sekolah yang sampai ke rumah bagi mengelak tembelangnya diketahui ibu bapanya.

Sepanjang memadu kasih dengan pemuda berusia 19 tahun itu, mangsa dikatakan mengambil pil pencegah kehamilan yang dibeli kekasihnya setiap kali sebelum mereka melakukan hubungan seks.