Bintang rap berkulit putih, Eminem mengugut penyanyi terkenal Mariah Carey setelah wanita itu berulang kali menafikan hubungan intim mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Eminem atau nama sebenarnya Marshall Bruce Mathers III mengugut akan mendedahkan gambar bogel penyanyi berkenaan yang terdapat dalam simpanannya.

Dalam klip video lagu terbarunya berjudul Obsessed, Carey, 38, menyatakan Eminem bermimpi di siang hari kerana menyatakan mereka pernah mengadakan hubungan seks.

Namun, bintang rap berusia 37 tahun itu membalas ejekan tersebut menerusi lirik lagunya, The Warning.

“Tutup mulut anda jika anda tidak mahu Nick Cannon (suami Carey) tahu tentang hubungan kita. Tidak pernahkah anda terfikir bahawa saya masih menyimpan gambar-gambar kita,” kata lirik lagu tersebut.

Source: Agensi