WANITA yang ditahan berkhalwat di sebuah hotel di Perlis.

KANGAR – Seorang pegawai imigresen wanita yang telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak ditangkap khalwat bersama seorang lelaki Cina pada hari jadinya di sebuah hotel di Perlis.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, (JAIP), Abdul Malik Hussin berkata, pasangan itu ditahan pada pukul 5.30 pagi hasil maklumat awam.

“Siasatan mendapati wanita Islam berusia 31 tahun itu telah bersuami dan ketika ditahan dia bersama lelaki lain berusia 30-an di sebuah hotel di Perlis,” kata beliau.

Menurut beliau, lelaki Cina itu dibebaskan kerana bukan muslim manakala wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991 Negeri Perlis.

Difahamkan, sebelum wanita itu ditahan, dia telah diekori suaminya selepas ternampak isterinya memandu kereta menuju ke Perlis pada hari jadinya.

Ibu dua anak (tengah) yang didakwa berkhalwat dengan lelaki bukan Islam berbincang dengan peguamnya di Kompleks Mahkamah Syariah, Kangar. Dia ditahan ketika serbuan di sebuah hotel di sini minggu lalu yang turut dihadiri oleh suaminya.

Advertisements