GEMAS (N.9) : Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya.

Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan Felda Jelai, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.

Pelajar berkenaan yang ditemani ahli keluarganya, kemudian membuat laporan polis sebelum remaja lelaki itu ditahan.

Menurut sumber, remaja lelaki terbabit memasuki bilik pelajar berkenaan melalui tingkap yang tidak dikunci, kira-kira jam 12 tengah malam selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: “Kalau nak, datanglah seperti biasa ikut tingkap bilik.”

Bagaimanapun, abang remaja perempuan itu mengesyaki sesuatu apabila melihat lampu bilik adiknya menyala ketika hendak ke bilik air.

About these ads