HANI menunjukkan laporan polis mengenai tindakan seorang guru lelaki sekolahnya yang cuba memperkosanya baru-baru ini.




Macam-macam taktik jika sudah kemaruk seks.

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah menengah di sebuah daerah di negeri ini sanggup mendakwa dirinya sebagai Pegawai Khas Akta Sulit dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mencari mangsa pemuas nafsu.

Suspek itu mendakwa tugas Pegawai Khas Akta Sulit KKM yang bekerja sebagai guru amat sulit kerana identiti mereka tidak boleh diketahui oleh sesiapa termasuk pengetua sekolah mahupun isteri sendiri.

Sebagai pegawai khas, suspek mendakwa, dia dikehendaki mencari guru wanita di sekolah tersebut untuk dijadikan bahan kajian untuk mengetahui penyakit tertentu yang dihidapi guru yang menjadi bahan kajiannya.

Cara suspek mengendalikan kajian pula sangat pelik apabila mangsa diwajibkan melalui tiga fasa kononnya bagi memenuhi kehendak kajian tersebut.

Fasa pertama, mangsa dikehendaki menjawab beberapa soalan berkaitan saiz payu dara, saiz pinggang dan pinggul.

Fasa kedua, mangsa kajian diperlukan untuk bercumbuan dengan suspek.

Fasa ketiga, mangsa diminta melakukan ‘ujian berat’ melalui hubungan seks dengan suspek.

Seorang guru sandaran di sebuah sekolah di sini, Hani, 24, mendakwa, dia nyaris diperkosa oleh guru lelaki itu di sebuah kelas di sekolah tersebut selepas terpedaya dengan jawatan Pegawai Khas Akta Sulit KKM.