Sejumlah gadis di Britain yang masih dara dan semuda 12 tahun dijual sehingga £50,000 (RM276,500) kepada beberapa jutawan Arab untuk tujuan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bapa gadis berkenaan memaksa anak masing-masing menjadi pelacur sebelum menjual mereka kepada jutawan tersebut.

Penjualan itu terbongkar selepas polis bahagian membanteras maksiat menangkap tiga wanita dan seorang lelaki dari Manchester setelah merakamkan aktiviti suspek berkenaan yang menawarkan pelacur berumur 14 hingga 23 tahun di hotel lima bintang di sebuah hotel di London Barat.

Pihak berkuasa juga merakamkan perbualan kumpulan tersebut yang secara angkuh menyatakan cara mereka menyediakan sejumlah pelacur lebih muda serta masih dara.

“Ini adalah perkara yang paling buruk. Geng tersebut sangat tamak, mereka hanya mahu duit. Seks dengan gadis sunti berumur 12 tahun dikenakan bayaran semurah £50,000.

“Siasatan kami masih berjalan dan lebih banyak suspek akan ditahan,” kata sumber.

Beberapa pegawai penyiasat percaya kanak-kanak terbabit merupakan warga asing dari Eropah Timur, Asia Timur dan Afrika.