Lebih seorang daripada 10 penduduk Britain mendakwa tidak menyedari wanita masih mampu hamil walaupun melakukan hubungan seks secara berdiri, lapor sebuah akhbar semalam.

Kajian terbaru pihak berkuasa di sini menunjukkan, hampir seorang daripada lima orang atau 19 peratus tidak tahu kehamilan juga berlaku ketika haid atau ejakulasi awal.

Namun, 11 peratus percaya, seks ketika berdiri adalah cara berkesan mengelak mengandung manakala satu pertiga tidak pernah bercakap mengenai perancangan dengan pasangan.

Pakar seks, Dr. Pam Spurr berkata, penemuan itu menunjukkan masih ramai rakyat Britain jahil dalam pengetahuan am seks dan ia juga menyebabkan timbul kekeliruan fakta.

Kajian oleh Jabatan Kesihatan serta Jabatan Kanak-kanak, Sekolah dan Keluarga mendapati, walaupun ramai bercakap mengenai seks, 62 peratus menganggap ia jenaka. – AFP