Tidak sampai 24 jam selepas diijab kabul dan bergelar isteri, seorang wanita yang sarat mengandung melahirkan bayi perempuan, awal pagi semalam.

Ibu muda berusia 21 tahun itu melahirkan anak di Hospital Melaka (HM) kira-kira jam 6 pagi selepas dimasukkan ke wad enam jam sebelum itu kerana mengadu sakit perut.

Wanita itu bernikah dengan pasangannya berusia 28 tahun dan turut mengadakan majlis perkahwinan mereka di rumah keluarganya di sini walaupun mengetahui dirinya hanya menunggu masa untuk melahirkan anak.

Difahamkan, majlis perkahwinan pasangan itu meriah seperti pasangan pengantin baru lain dengan kedua-dua mempelai bersanding dan diarak dengan kompang.

Bagaimanapun, kelahiran anak tidak sah taraf pasangan itu dibongkar Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) sebaik menerima aduan mengenainya.

Berikutan itu, sepasukan anggota penguat kuasa Jaim diketuai Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agamanya, Rahimin Bani pergi ke HM untuk mengambil keterangan pasangan terbabit.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita terbabit baru melangsungkan perkahwinan walaupun mengetahui sudah sarat mengandung.

Katanya, ketika disoal, suami wanita terbabit turut berada bersama-samanya.

“Wanita berkenaan faham apabila diberitahu dia melakukan kesalahan melahirkan anak luar nikah dan pasangannya mengakui bersubahat melakukan persetubuhan haram,” katanya.

Beliau berkata, pasangan itu mengakui terlanjur selepas pertama kali berkenalan pada April lalu dan hasil hubungan haram beberapa kali itu menyebabkan wanita berkenaan hamil.

“Kehamilan wanita terbabit diketahui keluarganya dan pasangan itu dinikahkan semalam (kelmarin),” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit diberi notis saman hadir untuk disoal siasat dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, wanita berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 54 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana hamil luar nikah.

“Manakala, lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 55 enakmen sama kerana bersubahat melakukan persetubuhan haram.

“Sabit kesalahan bagi kedua-dua pertuduhan itu boleh didenda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Apa yang berlaku ini bukanlah kes terpencil tetapi memang sudah biasa berlaku kepada masyarakat Malaysia sekarang ini dimana bukan sahaja muslim tetapi non-muslim pun turut mengamalkan budaya sama seperti ini. Walaubagaimanapun budaya ini adalah lebih baik berbanding sekiranya lelaki yang bersubahat melakukan persetubuhan haram dan menyebabkan pasangannya mengandung dan melahirkan anak luar nikah tidak mahu bertanggungjawab.

Oleh kerana mereka sudah terlanjur dengan persetubuhan haram sebelum kahwin,maka ada baiknya mereka mengakui dan bertanggungjawab keatas  apa yang mereka telah buat.Pasal DOSA, biarlah mereka yang tanggung sendiri atau biarlah mereka yang jawab kepadaNYA nanti.

Sebenarnya perbuatan mereka ini merugikan mereka sendiri.Bayangkan mereka baru saja mengadakan hubungan seks 3-4 kali (belum kahwin) dan secara sembunyi-sembunyi tetapi sudah dapat anak?. Cuba mereka kahwin duluan baru buat hubungan seks…berapa kalikah agaknya mereka dapat menikmati keindahan dan kesedapan seks sebelum dapat anak.Bukankah 2-3 kali mereka buat seks seharipun orang lain tak peduli kerana itu adalah hak mereka sebagai suami-isteri yang sah? Kalau dah 9 bulan bersama..agaknya berapa kali mereka boleh buat hubungan seks? Kan sendiri rugi!! Jadi fikir2kanlah mana satu yang terbaik samada seks dulu baru kahwin atau kahwin dulu baru seks yang menguntungkan? Tetapi memanglah…ramai orang kata,mengadakan hubungan seks haram adalah lebih nikmat berbanding dengan seks yang sah.

Jadi fikir2kanlah mana satu yang anda suka atau yang mana lebih baik dan semoga pilihan anda tepat dan bertanggungjawab.