Aksi remaja 14 tahun terbongkar

Mengucap panjang seorang bapa sebaik menonton rakaman melalui telefon bimbit aksi anak gadisnya yang baru berusia 14 tahun berasmara dengan dengan lima lelaki serentak

Lakonan ‘terlampau’ seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah (Ting.2) di Kuala Lipis , dilihat melakukan hubungan seks di sebuah kampung berhampiran Merapoh dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.

bapa gadis itu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya yang kemudian memperlihatkan rakaman aksi berkenaan.

Gadis itu kemudian membuat pengakuan terbabit dalam rakaman itu selepas beberapa kali didesak oleh bapanya.

Keluarga gadis 14 tahun tersebut sudah membuat laporan polis dan kes itu disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.