Adalah adil bagi rakyat Malaysia meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pelaksanaan arahan notis polis POL 170A atau lebih dikenali sebagai ‘saman ekor’ berikutan ramai pemilik kenderaan tidak tahu mengenai saman yang dikeluarkan terhadap mereka.

Pemilik kenderaan yang menganggap mereka tidak bersalah atas saman itu atau langsung tidak menerima apa-apa notis saman terpaksa membayarnya untuk membolehkan pembaharuan cukai jalan / road tax dan mengelakkan diri daripada didakwa.Kalau pemilik kenderaan tidak memaksa diri untuk membayar ‘saman ekor’ tersebut, maka sudah pastinya mereka tidak dapat membaharui cukai jalan / road tax kenderaan mereka.Kita semua tahu apa kah maknanya kalau kenderaan kita tidak ada ‘cukai jalan/ road tax’?

‘Saman ekor’ ini terlalu tidak adil bagi pemilik kenderaan dan berharap kerajaan akan mengkaji semula dan menangguhkan pelaksanaan sistem ‘saman ekor’ kerana seperti yang kita semua tahu,bukan semua anggota polis trafik / pegawai penguatkuasa jujur atau betul-betul menjalankan tugas mereka dengan baik. Macam-macam hal yang kita dengar atau baca tentang pegawai-pegawai penguatkuasa yang bermasaalah,oleh itu keyakinan rakyat terutama pemilik kenderaan terhadap pegawai-pegawai penguatkuasa adalah pada tahap yang sangat rendah dalam melaksanakan ‘saman ekor’ ini.Lainlah halnya kalau pemilik kenderaan betul-betul ditahan pada masa ianya melakukan kesalahan lalulintas dan disaman pada masa itu juga oleh polis trafik / pegawai penguatkuasa dimana rasa ketidak-adilan sudah pastinya tidak timbul.

Kerajaan juga adalah perlu mengkaji semula keputusan untuk tidak membenarkan saman itu dikompaun. Keputusan ini juga amat membebankan rakyat / pemilik kenderaan yang tidak mampu menyelesaikan jumlah saman yang begitu besar apabila memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka.

DO YOU WANT TO SEE THE POLL OR DO YOU WANT TO VOTE? PLEASE CLICK THE LINK BELOW:-

http://polls.thestar.com.my/polls/result.asp?id=275&cid=2&cdesc=News