Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi


KUALA LUMPUR:  Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung.

Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.
Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita
berada pada zaman jahiliah.

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan.

Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan. Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang, katanya.

Source: Berita Harian Online @ 13/8/2010.

Senarai komen:-

putra11
dimanakah perikemanusiaan umat dan masyarakat kita pada masa & hari ini…sehingga sanggup sebegitu kejam & sewenang lenang mengorbankan nyawa dimana ia adalah dari darah daging sendiri…sesungguhnya BALASAN tetap akan diterima walau ke mana saja PESALAH pergi..ALLAH MAHA MENGETAHUI…MELIHAT..renung2 kan…

azman
sepatutnya mereka dikenakan hukuman sebat jika mengikut hukuman islam

zainal
sepatutnya dah lama dikuatkuasakan..teruskan usha jangan tangguh lagi

dayang mazni
stuju sgt sgt..
bunuh harus d bls ngn bunuh..
jgn cemarK agama n ngra kta dgn mslh sosial ini.

khairiyah
saya sokong hukuman mati keatas orang yang terlibat dalam kes pembuangan bayi…..

zan
aku setuju gak!

AINOL ADLI
Disokong!!

dayang mazni
sy stuju dgn langkah kerajaan ini. dgn ini, barulah nasib bayi y xb’salah ini terbela.. dan mereka y bertanggungjwb dpt d bwa ke muka keadilan.. hukuman ini insyaallah blh membendung isu ini dr trus blaku n mencemarkan imej masyarkt, agama n negara

Mohd Redzham Salleh
Tidak ada berita yang lebih menggembirakan selain tindakan tegas kerajaan untuk membenteras jenayah2 berkaitan pembuangan bayi… Diharapkan ini bukan sekadar cakap2 kosong, tetapi merupakan suatu bentuk ikrar kerajaan untuk rakyat…

azza
inilah yang sepatutnya di buat dari tahun2 yang dulu..walaubagaimanapun saya mengucapkan syabas kepada Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Dato Seri Shahrizat kerana menegenengahkan isu ini pada mesyuarat jemaah menteri.Terima kasih.saya berharap sangat usul ini diluluskan

dean
tindakan mengenakan hukuman berat adalah yang sepatutnya

sun
SAYA SETUJU SANGAT!!! BERNAS & BIJAK.

Noriezidah Binti Ipi
Salam..bg sya maslh ini disebabkn penerapan agama masing2 & tdk mengamalkan apa yg disuruh & meninggalkn apa yg ditegah. Selain itu juga,kerjasama antara semua pihak terutamanya masyarakat amat diperlukan.

nasz
tahniah kpd Kabinet Malaysia..sepatutnya kputusan tersebut telah dilaksanakan lama dahulu..harap2 berkuranglah kes buang@bunuh bayi yg xbrdosa ni..Rakyat Malaysia sama2lah kita bantu pihak Polis menangani gejala ini.jgn pentingkan diri sndri..

Salmah Blurr
Bersama memerangi gejala pembuangan bayi..

anasqayyum
sokong seratus peratus atas tindakkan kerajaan menjatuhkan hukuman berat kepada pesalah buang bayi.

didi
saya sngt2 bersetuju dengan langkah yang diambil oleh pihak kerajaan dengan mengenakan hukuman gantung sampai mati dan penjara keatas pesalah yang terlibat dalam kes pembuangn bayi..
hukuman ini sepatutnya di laksanakan sejak dari dulu lagi…
kerana kes ini sangat berat…=)

.tiada alasan lg….

Shida Myra Raihana
Sangat bersetuju dgn hukuman yang diberikan. Terlanjur bukan alasan untuk membuang atau membunuh bayi yang telah dilahirkan. Hukuman setimpal menanti mereka yang tidak berperikemanusiaan.

apisv2
***dah terantuk baru nak mengadah***

Encik Yat
Saya fikir sudah tiba masanya diberi pertimbangan untuk melaksanakan hukum hudud dengan dikenakan sebatan ke atas semua pesalah zina ini ke atas umat Islam.

salah siapa ye?…

feeza_the
betul dan saya sokong 100%…mereka yang xlayak hidup bukan bayi 2….sepatutnya…jadi isu buang bayi harap dapat ditangani dengan hukuman baru ini….

nizam
Bersetuju dgn cadangan hukuman MATI mandatori..tiada pilihan..makin menjadi-jadi..matinya bayi tersebut sama seperti seorang dewasa yg mati dibunuh..

antibuangbayi
kenapala jadi begini!!Setuju!! Akta bunuh untuk orang yang membunuh!!

azhar
sokong 100%.sepatutnya telah lama akta ini diujudkan sebelum menjadi barahh.

Kamal Ibrahim
Kembali ke hukum Al-Quran, InsyAllah selesai masalah tersebut….

nabilah
bagus ni..kerajaan kena bertindak tegas dengan orang yang sanggup membunuh bayi..semoga dengan terlaksanya undang-undang ni,kes ini semakin berkurangan

Fauze
Sy memberikan komen yang positif tentang hukuman yg bakal dihadapi oleh pembuang bayi..namun jika bayi tersebut masih berpeluang hidup..jgn lah dihukum gantung ibu mereke..berilah mereka peluang untk hidup brsama

Azeey keciq
Aq sokong ar..arap2 la b’kurangn..klu xde lngsong lg bgs..

Dragon Samurai
Majoriti paling ramai kaum buang bayi apa ya? Adakah faktor agama atau mereka da tak takut dgn Tuhan tp takut dgn masyarakat?

Young Generation
Syabas saya ucapkan kepada kerajaan walaupun Sudah terhantuk baru ternadah… tapi tidak mengapa sekurang-kurangnya ada tindakan undan-undang yang tegas…Harap siapa yang berzina juga patut dihukum. Benarlah kata Allah S.W.T “Janganlah kamu dekati zina”. Subhanallah.