Tag Archive: Rogol


Bomoh nikah batin ditahan

18/09/2012 – 06:31:55 AM
Seremban: Seorang bomoh berusia 48 tahun ditahan kerana memperdayakan empat wanita yang mengikuti rawatannya dengan menjadi isterinya melalui upacara pernikahan batin.Dia yang berasal dari Kuala Lumpur mengenakan syarat, pesakit perlu membayar RM200 dan menjadi isterinya selama 100 hari, kononnya bagi membolehkan mereka melakukan hubungan seks.

Mangsa dipukau

Bagaimanapun, dalam kes sebelum ini, mangsa mendakwa mereka dipukau ketika bertemu lelaki yang berlagak alim itu dan hanya menyedari dirogol apabila tersedar dalam keadaan berbogel.

Bagaimanapun, lelaki terbabit ditahan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di rumah seorang mangsanya di Kampung LBJ Labu dekat sini, jam 12.30 tengah hari semalam.

Ketika ditahan, dia hanya memakai seluar dalam dipercayai bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan wanita berusia 24 tahun yang sudah berkahwin itu.

Dapatkan rawatan kerana masalah zuriat
Ketua Bahagian Penguat Kuasa JHEAINS, Ahmad Hussaini Mustapha, berkata suspek ditahan hasil maklumat awam.

Siasatan mendapati mangsa menemui lelaki itu untuk mendapatkan rawatan kerana masalah tidak mendapat zuriat selepas lima tahun berkahwin, katanya di sini, semalam.

Guna ayat suci al-Quran

Beliau berkata, lelaki terbabit didapati menggunakan ayat suci al-Quran bagi meyakinkan wanita yang menemuinya untuk rawatan berkaitan kemurungan dan masalah rumah tangga.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 49, 50, dan 77 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 iaitu mencela agama Islam, menggunakan ayat suci al-Quran secara salah dan memperdaya serta melarikan wanita untuk seks.

Ahmad Hussaini berkata, jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya.

Lelaki itu menjadi tangkapan pertama membabitkan aktiviti nikah batin di negeri ini akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Advertisements

TAKTIK BARU PEROGOL

Menurut laporan Polis seorang wanita telah dirogol oleh 5 lelaki disebuah kelab malam di Singapura sebelum ditinggalkan.Wanita tersebut tidak berupaya untuk mengingati kejadian malam tersebut, namun ujian mengesahkan bahawa beliau telah dirogol berulang kali dengan kesan rohypnol di dalam darahnya dan progestrex, sejenis pil “mencuci” yang kecil.
Dadah tersebut kini digunakan oleh perogol-perogol dan kemudian “mencuci” mereka. Progesterex dibekalkan kepada para Doktor haiwan untuk “mencuci” haiwan besar.Khabarnya Progesterex digunakan bersama Rohypnol, sebagai dadah “Dating” dan rogol.Apa yang mereka perlu lakukan ialah menitiskan Rohypnol ke dalam minuman si gadis, mangsa tersebut tidak akan ingat apa-apa pun esok paginya, apa yang berlaku kepadanya sepanjang malam tersebut.
Progesterex amat senang larut dalam minuman, akan “mencuci” agar simangsa tidak akan mengandung akibat dari perkosaan tersebut dan siperogol tidak bimbang untuk perlu menjalani ujian air mani dan DNA kemudian.Kesan dadah ini adalah KEKAL terhadap si mangsa.Prodesterex asalnya adalah untuk memandulkan kuda.

Mana-mana wanita yang mengambilnya TIDAK AKAN MENGANDUNG SAMPAI BILA-BILA.

 

Si durjana boleh memperolehi dadah ini dari pusat haiwan atau mana-mana universiti, dan ia diramalkan akan digunakan dengan berleluasa di kampus-kampus.Tolong edarkan maklumat ini kepada semua yang anda kenali, terutama teman wanita dan gadis remaja.Berwaspada apabila anda keluar, jangan biarkan minuman anda terbiar tanpa dijaga oleh orang yang anda percayai.walaupun apapun ,kaum wanita diluar sana mesti berhati-hati kerana banyak sudah ciptaan ubat-ubatan yang menyerupai situasi di diatas.

Percaya punca jenayah rogol

KES jenayah berkaitan keganasan seks seperti rogol, liwat dan sumbang mahram dilaporkan semakin meningkat sejak lima tahun lalu. Berdasarkan statistik, keganasan jenayah seks yang dilaporkan pada 2005 ialah 2,427 kes manakala 2,943 (2006); 3,689 (2007); 3,986 (2008) dan 4,238 (2009), keseluruhannya 17,283 kes.

Jumlah tangkapan bagi kes jenayah berkenaan semakin meningkat daripada 1,504 orang pada 2005 kepada 2,701 pada 2009 iaitu peningkatan 1,197 orang. Manakala bagi jumlah pesalah yang didakwa di mahkamah sepanjang tempoh itu bagi kesalahan rogol, liwat dan sumbang mahram ialah 1,437 orang di mana bagi 2005, jumlah pesalah yang didakwa ialah 308 orang; 410 (2006); 304 (2007); 228 (2008) dan 187 (2009).

Menurut statistik dikeluarkan polis, daripada keseluruhan 13,134 kes dilaporkan sepanjang 2000 hingga 2008, Selangor mencatatkan bilangan kes rogol tertinggi iaitu 2,403 kes, diikuti Johor (2,186), Kedah (1,164), Sabah (1,034), Perak (939) dan Kuala Lumpur (847), Pahang (722), Sarawak (715), Kelantan (636), Negeri Sembilan (623), Pulau Pinang (622), Melaka (588), Terengganu (521) dan Perlis (134). Secara relatifnya, kemajuan sesuatu negeri dilihat menyebabkan bilangan penduduk bertambah serta menjadi tumpuan ramai dan secara logiknya, lebih ramai populasi penduduk maka lebih tinggi kadar jenayah yang berlaku.

Namun begitu, menurut penganalisis jenayah dari Yayasan Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi Hashim, jumlah laporan kes rogol yang tinggi bagaimanapun tidak mencerminkan terlalu banyak jenayah tersebut berlaku di negara ini dan sebaliknya bilangan laporan yang tinggi bermakna wujud kerjasama erat dan jaringan yang baik antara masyarakat dan polis. Ini kerana lebih banyak kes dilaporkan bermakna orang ramai kini lebih bersedia untuk tampil membuat laporan jenayah dan lebih baik berbanding kes yang disembunyikan. Dalam kes rogol misalnya, ramai mangsa serta keluarga enggan membuat laporan kerana malu sedangkan mereka tidak bersalah dan tidak perlu berperasaan sedemikian.

Secara amnya, faktor umur dan tahap kematangan remaja menyebabkan mereka terbabit dalam jenayah rogol walaupun ada elemen suka sama suka dan mangsa mengenali perogol.

Faktor tertentu seperti suasana persekitaran keluarga juga membuatkan remaja mudah terlibat dalam hubungan seks bawah umur dan banyak kes rogol dilaporkan berpunca daripada perasaan terlalu mempercayai pasangan menyebabkan mangsa bersetuju untuk melakukan hubungan seks.

Siasatan turut mendapati kebanyakan kes berlaku apabila mangsa lari dari rumah dan dalam sesetengah kes, ada mangsa menghilangkan diri sehingga berbulan-bulan di mana setelah dijumpai semula, mangsa membuat pengakuan mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki. Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan 40 daripada 56 kes rogol dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini membabitkan mangsa di bawah usia 16 tahun. Namun, apa yang lebih membimbangkan ialah sebahagian besar kes tersebut melibatkan mangsa melakukan perbuatan itu atas kerelaan sendiri. Meskipun demikian, golongan terbabit tetap dianggap melakukan jenayah kerana melakukan persetubuhan dengan gadis di bawah usia adalah perbuatan jenayah dan salah di sisi undang-undang serta boleh didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Akta 574). Kementerian Pelajaran turut mengesan 21 kes pelajar mengandung luar nikah di sekolah bandar dan luar bandar antara tahun 2006 dan 2010 di mana 12 kes yang direkodkan di sekolah luar bandar sementara sembilan kes lagi di sekolah bandar. Sebanyak 20 kes mengandung luar nikah itu berlaku berdasarkan suka sama suka antara pelajar dan pasangan mereka sementara satu kes melibatkan jenayah rogol. Semua kes ini dikumpulkan berdasarkan sumber laporan akhbar, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah terbabit dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bagaimanapun, pelajar yang dilaporkan mengandung luar nikah tidak boleh dibuang dari sekolah mengikut Akta Pendidikan 1966 tetapi akan dinasihatkan bercuti sehingga mereka bersalin.

Oleh itu, melihat perkembangan semasa dan statistik jenayah rogol dinasihatkan agar ibu bapa sentiasa memastikan anak gadis mereka tidak terjebak dalam kegiatan maksiat atau menjadi mangsa rogol yang didapati kian meningkat sejak kebelakangan ini. Kebanyakan kes rogol yang dilaporkan bukan daripada jenis kekerasan, sebaliknya atas kerelaan mangsa terutama dari kalangan remaja perempuan bawah umur yang terlibat melakukan hubungan seks. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak gadis masing-masing supaya tidak terlibat dalam pergaulan bebas yang boleh memberi kesan kepada masa depan anak mereka.

Di samping didikan agama yang mantap dan berterusan, ibu bapa termasuk masyarakat perlu memberi perhatian sewajarnya terhadap gejala tersebut bagi mengelakkan ia berlarutan menjadi serius hingga sukar ditangani kelak. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh semua pihak dan bukan saja diserahkan kepada pihak berkuasa seperti polis atau pejabat agama untuk menanganinya. Masyarakat perlu mengambil iktibar daripada pelbagai laporan media mengenai kejadian rogol ini dan menjaga anak mereka supaya tidak menjadi mangsa rogol. Masalah sosial ini berterusan berikutan naluri kedewasaan pelajar di samping kebebasan keterlaluan yang diberi keluarga sehingga ada kejadian berkenaan berlaku di rumah dan bilik pelajar itu sendiri.

Malah, kerajaan juga wajar menggubal dan meluluskan undang-undang baru lebih berat terhadap perogol kanak-kanak. Menurut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, undang-undang sedia ada sudah begitu lama dan apa yang berlaku pada masa kini pula jauh berbeza dari dulu termasuk gambar lucah dan pornografi yang begitu mudah didapati. Sebelum itu, peguam terkenal, Karpal Singh meminta kerajaan meminda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya perogol kanak-kanak boleh dikenakan hukuman mati di mana mengikut Seksyen 376 (2) (e) Kanun Keseksaan, hukuman bagi kesalahan merogol kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah ialah penjara tidak melebihi 30 tahun dan sebatan. Kerajaan juga tidak boleh bertolak ansur dengan pelaku jenayah itu dan isu ini tidak wajar dipandang ringan serta masyarakat perlu mengecam jenayah rogol membabitkan kanak-kanak.

Dalam satu kes yang diputuskan di Mahkamah Tinggi dalam Nisam Ahmad melawan Pendakwa Raya (2010), di mana Yang Arif Hakim memutuskan hukuman yang dijatuhkan hendaklah mengandungi elemen yang berfungsi untuk menghukum pesalah dan juga mencegah orang lain yang mempunyai niat sama untuk melakukan, mengulangi atau meniru kesalahan atau jenayah yang sama. Hukuman itu hendaklah juga menunjukkan betapa seriusnya jenayah tersebut serta meninggalkan ingatan ‘that it does not pay to commit such crime’. Ini kerana dalam jenayah rogol bawah umur, mangsa adalah kanak-kanak yang masih naif tidak tahu betapa ganasnya dunia di luar sana. Perogol mengambil kesempatan sepenuhnya di atas kenaifan mangsanya untuk memerangkap dengan tipu daya dan seterusnya membiarkan nafsu liarnya ke atas mangsa. Perbuatan perogol nyata amatlah kejam, keji lagi terkutuk pada pandangan masyarakat baik dari sudut moral, agama, budaya, latar belakang mahupun dari segi undang-undang. Masyarakat secara umumnya tidak boleh bertoleransi terhadap jenayah kejam ini dan dengan itu hukuman yang dikenakan hendaklah juga mencerminkan ‘the public’s intolerance and abhorrence’ ke atas jenayah yang seperti ini lebih-lebih lagi jika ia melibatkan anak-anak yang masih mentah.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.
“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.

“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.
“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.

“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.

Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.

Sumber: Mymetro

Angkara abang ipar

Perbuatan keji dan jijik seorang ‘abang ipar setan’ memperkosa adik iparnya terbongkar selepas gadis berusia 17 tahun itu melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

dipaksa....rogol

Dalam kejadian di Kampung Palekbang, Tumpat itu, rahsia lelaki terbabit, yang bekerja sebagai tukang rumah, merogol adik iparnya diketahui keluarga sebaik mangsa mengadu sakit perut.

Selepas melahirkan bayi terbabit, mangsa yang tidak bersekolah membuat laporan berhubung kejadian sumbang mahram dilakukan abang iparnya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat.

Lebih malang, mangsa mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia sedang tidur bersendirian di dalam biliknya, manakala keluarganya yang lain tidur di bilik masing-masing.

Mangsa mendakwa abang iparnya berusia 37 tahun masuk ke biliknya pada Mac lalu dan bertindak merogolnya sebanyak dua kali sepanjang bulan berkenaan sehingga menyebabkan dia mengandung bayi terbabit.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 3 pagi ketika mangsa sedang tidur bersendirian di rumah berkenaan.

Kejadian tersebut hanya disedari sebaik mangsa mengadu sakit perut dan menyebabkan keluarganya mengesyaki sesuatu lalu membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan mangsa akan bersalin dan ia mengejutkan keluarganya kerana tidak mengetahui kejadian sebenar.

Berikutan itu, mangsa menceritakan kejadian dia diperkosa abang iparnya pada Mac lalu ketika sedang tidur pada awal pagi.

Sebaik melahirkan bayi lelaki di HRPZII, mangsa kemudian membuat laporan polis dengan bantuan keluarganya.

Sebaik menerima maklumat, gerakan mengesan suspek yang bekerja sebagai tukang rumah dilakukan oleh sepasukan anggota polis.

Bagaimanapun polis  belum dapat menahan suspek (abang ipar) tersebut kerana suspek dipercayai melarikan diri tetapi polis yakin akan dapat menahannya dengan segera.

Kes ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 476B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram, dimana jika sabit kesalahan, hukuman penjara tidak kurang enam tahun dan tidak lebih 20 tahun dan juga dikenakan sebatan, menanti lelaki berkenaan kerana melakukan sumbang mahram.

Dalam hal ini siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah si gadis 17 tahun atau si abang iparnya? Sekali kena rogol,kenapa tak lapor terus kepada keluarga dan kepada pihak berkuasa? Kenapa tunggu dirogol untuk kedua kali? dan kenapa tunggu sampai bersalin baru nak lapor?.Mungkinkah si gadis 17 tahun itupun rela dan mahu dirogol kerana nikmat dan sedapnya seks tersebut? Think!!!

Dirogol ketika dirawat ‘Pak Haji’

Hajat seorang ibu untuk mengubati anak daranya supaya melupakan bekas kekasihnya dengan seorang bomoh berakhir dengan anaknya dijadi mangsa pemuas seks bomoh terbabit.

Kejadian tersebut didakwa bermula pada 3 Ogos lalu apabila mangsa yang berusia 21 tahun dibawa ibunya ke rumah ‘Pak Haji’ di sebuah kampung di Kota Lama Kiri.

Setibanya di rumah Pak Haji pada pukul 7.30 malam, wanita itu disuruh meninggalkan anak gadisnya selama tiga hari tiga malam kononnya bagi melakukan proses rawatan melupakan bekas kekasihnya.

Bagaimanapun,pada pukul 12.30 malam hari pertama, gadis itu mendakwa Pak Haji telah memaksanya mengadakan hubungan kelamin.

Pada mulanya mangsa sangsi dan menolak, namun Pak Haji memberi alasan, hubungan kelamin harus dilakukan kononnya untuk mengeluarkan air mani mangsa yang dikatakan ‘ubat mujarab’ bagi mangsa melupakan bekas kekasihnya.

Menurutnya, dalam keadaan terpaksa mangsa merelakan dirinya dinodai dan perlakuan sumbang ‘Pak Haji’ itu berulang pada malam ketiga dan keempat.

Sebelum dibenarkan pulang, mangsa pada pagi 6 Ogos diminta mandi dengan air limau kononnya sebagai upacara terakhir menamatkan sesi perubatan.

Sebaik pulang ke rumah, mangsa merasai dirinya tertipu dan menceritakan perkara itu kepada ibunya.

Gadis yang tidak bekerja itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Kuala Kangsar.

Polis telah menahan suspek berumur 62 tahun pada 7 Ogos lalu dan dia kini direman untuk siasatan.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan menipu.

Difahamkan, ketika kejadian dua anak suspek masing-masing berusia 23 dan lapan tahun berada di rumah tetapi isterinya berada di Kuala Lumpur.

Source: Kosmo! Online.

Apa itu rogol?

  • Rogol merupakan satu jenayah.
  • Ia berlaku apabila seseorang dipaksa melakukan hubungan seks tanpa kerelaannya (penis di masukkan kedalam vagina atau dubur mangsa tanpa mengira peringkat umur).
  • Rogol boleh berlaku secara paksaan, ugutan atau pujuk rayu.
  • Wanita dan kanak-kanak sering menjadi mangsa rogol.
  • Wanita sering terperangkap apabila :
    • Tidak memahami implikasi hubungan seks
    • Terpedaya dengan rawatan bomoh yang menggunakan seks sebagai rawatan
    • Di bawah pengaruh dadah dan alkohol
    • Terpedaya dengan pujukan lelaki yang dikenali/tidak dikenali untuk aktiviti sosial
Apa itu “date rape”?
  • Perogol dan si mangsa mengenali di antara satu sama lain
  • Rogol berlaku semasa pasangan keluar bersama(dating)
  • Apa itu “statutory rape”?

    Ia adalah :

  • Hubungan seks dengan gadis di bawah umur 16 tahun walaupun dengan     kebenaran gadis tersebut
  • Ini kerana gadis di bawah umur 16 tahun tidak boleh membuat keputusan sendiri     di sisi undang-undang

    Apakah jenayah seksual lain selain rogol?

    Gangguan seksual adalah :

    • Kelakuan seksual berbentuk fizikal atau lisan yang tidak dikehendaki. Contohnya :
      • Boleh berlaku secara tidak ketara (seperti pandangan mengoda) atau secara terang-terangan (seperti meraba).
    • Ia mengganggu prestasi pembelajaran atau pekerjaan seseorang.
    • Mewujudkan satu suasana tegang atau menakutkan.

    Ia meliputi :

    • Berulang-kali mengajak untuk temujanji yang tidak diingini
    • Jenaka atau kata-kata berunsur seksual/lucah
    • Menepuk, menyentuh atau lain-lain sentuhan badan yang tidak dikehendaki seperti cabul
    • Pernyataan buruk tentang tubuh badan seseorang, pakaian mahupun kelakuan seseorang yang berunsurkan seks
    • Ancaman fizikal
    Apakah yang PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?

    Perkara pertama yang MESTI anda lakukan :

    • Jangan salah diri anda .Ia bukannya salah anda.
    • Pergi ke tempat selamat . Beritahu orang yang dipercayai.
    • Laporkan kepada pihak POLIS
    • Lakukan pemeriksaan perubatan secepat mungkin. Sebaik-baiknya pada hari yang sama atau dalam tempoh 3 hari.
    • Pemeriksaan SEGERA oleh doktor penting untuk mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol.
    • Dapatkan bantuan profesional untuk menangani perasaan, keselamatan dan kesihatan anda.
    Apakah yang TIDAK PATUT dilakukan sekiranya anda dirogol?

    Pemeriksaan segera oleh doktor amat penting bagi mendapatkan bukti yang kukuh terhadap perogol :

    • Jangan tunggu lebih dari 48 jam sebelum berjumpa doktor/polis.
    • Jangan mandi sebelum pemeriksaan doktor.
    • Jangan tukar pakaian.
    • Jangan menggosok gigi.
    • Jangan makan atau minum (seandainya anda telah diberi dadah).
    • Jangan pergi seorang diri. Sebolehnya pergi bersama dengan orang yang dipercayai untuk pemeriksaan doktor/polis.
    Mengapa pemeriksaan perubatan penting?
    • Penting untuk mengenalpasti sebarang kecederaan luaran, jangkitan, kehamilan yang tidak dirancang atau mengalami masalah gangguan emosi.
    • Bahan bukti dari segi perubatan adalah perlu bagi mendakwa perogol.
    Apakah yang berlaku semasa pemeriksaan perubatan?

    Pemeriksaan oleh pegawai perubatan profesional penting untuk :

    • Mengenalpasti sebarang kecederaan atau kemungkinan jangkitan seksual (STI ‘s).
    • Ini termasuk mengambil darah, air liur dan cecair vagina mangsa. Spesmen rambut, kulit dan cecair dari badan perogol juga akan dicari.
    • Air kencing dan darah anda turut diperiksa jika disyaki anda telah diberi dadah.
    • Kaunselor atau pekerja sosial yang terlatih akan berbincang dan mendengar masalah anda.
    Rawatan apa yang anda perlukan?

    Anda perlu dicegah dari mengandung . Doktor mungkin mengambil langkah-langkah berikut :

    • Beri ubat atau pil hormon untuk dimakan serta-merta dan diulangi lagi 2 biji pil selepas 12 jam kemudian.
    • Pil ini boleh menyebabkan anda merasa loya dan payu dara merasa sakit.
    • Rawatan ini dapat mengurangkan risiko kehamilan sebanyak 60 – 90%, bergantung kepada berapa awal anda mengambil rawatan ini.
    • Risiko mendapat penyakit seksual (STIs) semasa dirogol adalah 5 – 10%. Doktor boleh memberi ubat untuk mencegah beberapa jenis penyakit kelamin.
    • Anda mungkin perlu suntikan vaksin hepatitis B sekiranya anda belum pernah mendapat suntikan vaksinasi hepatitis B sebelum ini.
    • Peluang anda mendapat jangkitan HIV selepas dirogol adalah 1%.
    • Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil pil anti-virus selama 4 minggu untuk mengelak jangkitan.
    Adakah anda bersalah sekiranya dirogol?
    • Anda tidak bersalah.
    • Sesiapa pun tidak berhak memaksa anda melakukan hubungan seks.
    • Perogol mungkin membuat anda berasa bersalah dengan menyatakan “anda yang memintanya” atau “anda yang mahukannya “.
    • Pakaian, percakapan atau perlakuan anda bukanlah satu sebab untuk anda dirogol. Adalah penting untuk anda melindungi diri anda.
    • Jangan lindungi perogol walaupun anda mengenali.
    • Anda akan merasai pelbagai :
      • Jenis emosi – Malu, takut, marah, terhina atau keliru.
      • Masalah fizikal – sakit kepala, tidak ada selera makan, susah menumpukan perhatian, susah tidur, sering mengalami mimpi ngeri atau imbas kenang (flash back).
    • Kebanyakan mangsa rogol berdiam diri kerana takut ia akan membawa kenangan buruk.
    • Walau bagaimanapun bercakap mengenai rogol dalam suasana selamat dengan bantuan pihak profesional adalah cara terbaik untuk memastikan anda benar-benar sembuh.
    • Setiap mangsa rogol menangani perasaan mereka dengan cara berbeza.
    • Terdapat banyak tempat untuk anda mendapatkan bantuan. Dapatkan bantuan secepat mungkin supaya anda boleh melupakan kejadian tersebut dan merasa tenang.
    Apakah yang akan berlaku kepada perogol?

    Perogol boleh dihukum menurut undang-undang/pekeliling berikut :

    • Undang-undang (Kanun Tatacara Jenayah Seksyen 375 dan 376) :
      • Perogol boleh di hukum minimum 5 tahun penjara dan maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
    • Pekelililing Perkhidmatan Awam Bilangan 22 Tahun 2005 (Mengurus Gangguan Seksual Di Tempat Kerja) :
      • Boleh dirujuk sekiranya rogol berlaku di tempat kerja.
      • Seseorang penjawat awam tertakluk kepada hukuman tatatertib yang berkaitan dengannya.
    Apakah kumpulan sokongan yang ada di Malaysia?
    1. Woman’s Aid Organisation. Email : wao@po.jaring.my.
    2. Women’s Centre for Change, (WCC) Penang. Email: wcc@wccpenang.org.
    3. All Women’s Action Society (AWAM). Email : awam@po.jaring.my.
    4. Sisters in Islam. Email : sistersinislam@pd.jaring.my.
    5. Jabatan Kebajikan Masyarakat : http://www.jkm.gov.my
    6. Terdapat di setiap hospital – Hospital One Stop Crisis Centre (OSCC) – Tel : 03-2616425/03-26156426.
    7. Perkhidmatan Kaunseling Organisasi di jabatan-jabatan kerajaan contoh di Kementerian Pelajaran Malaysia – Tel 03-88846000
  • Sumber: KKM (MyHealth)