Tag Archive: telefon bimbit


Ugut sebar aksi panas

LILY (kanan) membiarkan saja tindak tanduk bekas teman lelakinya kerana tidak mahu kehidupan rumah tangganya bergoncang.

LILY (kanan) membiarkan saja tindak tanduk bekas teman lelakinya kerana tidak mahu kehidupan rumah tangganya bergoncang.

Lily rela adegan seksnya dirakam kekasih. Kini, lelaki itu mengugut untuk menghantar salinannya kepada suaminya.

“IA umpama malapetaka dalam hidup saya. Saya terpaksa mengorbankan hampir separuh gaji saya setiap bulan untuk diberikan kepada bekas teman lelaki.

“Jika saya lewat serahkan duit, dia mengugut akan menyebarkan gambar bogel dan rakaman aksi intim kami sewaktu bergelar kekasih, lima tahun lalu.

“Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, saya terpaksa tunaikan permintaannya lebih-lebih lagi saya sudah bersuami sekarang,” ujar Lily, 27, wanita yang menjadi mangsa ugutan bekas teman lelakinya, R.

WANITA sering menjadi mangsa manakala lelaki bertindak sebagai perakam.

WANITA sering menjadi mangsa manakala lelaki bertindak sebagai perakam.

Menurut wanita malang ini, R mula memeras ugut apabila mengetahui dia sudah mendirikan rumah tangga awal tahun lalu.

ru_02.3“Saya mengakui kami telah terlanjur dan R pernah merakam aksi intim sewaktu kami berasmara. Tapi itu cerita lama iaitu semasa kami sama-sama menuntut di luar negara.

“Tapi selepas empat tahun berpisah, tak sangka dia berjaya menjejaki saya dan jadikan rakaman itu sebagai senjata untuk memporak-perandakan hidup saya,” luah Lily.

Dalam keterpaksaan, eksekutif kewangan ini menurut kemahuan R walaupun dia sedar perbuatan R itu sangat keterlaluan.

“Demi rumah tangga yang baru dibina, saya ikutkan saja kehendak R. Pernah sekali saya enggan membayar kerana baru terlibat dalam kemalangan.

“Namun, R tidak peduli. Malah dia memberi amaran salinan rakaman tersebut akan dihantar kepada suami dan keluarga jika saya ingkar,” ujarnya.

Lily juga pernah bercadang untuk membuat laporan polis dan menceritakan keadaan yang sebenar kepada suami dan keluarganya, tetapi setiap kali memasuki pekarangan balai polis, pendiriannya goyah tatkala memikirkan nasibnya jika rakaman itu tersebar.

“Saya benar-benar tertekan. Tak boleh dibayangkan betapa malunya saya, suami dan keluarga jika perkara ini diketahui umum. Bukan hanya maruah, masa depan saya juga akan jadi taruhan.

“Apa yang saya cuba lakukan sekarang ialah merayu kepada R supaya berhenti mengganggu saya. Kalau tidak, mungkin saya akan membuat laporan polis selepas yakin rahsia ini tidak akan diketahui orang,” kata Lily.

Menurut penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, perkembangan teknologi gajet dan alat peranti tanpa wayar seperti telefon bimbit menjadi penyumbang besar kepada kebanjiran rakaman seks pasangan kekasih.

“Dengan kehadiran puluhan jenis telefon berkamera di pasaran, aksi panas lebih mudah dirakam dan disimpan di dalam memori binaan dalam ataupun kad memori gajet terbabit.

“Saya percaya aksi-aksi panas ini dirakam sekadar untuk suka-suka dan keputusan untuk menyimpannya hanya sebagai koleksi peribadi. Namun, disebabkan kecuaian, rakaman itu jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab, maka tersebarlah rakaman penuh aib tadi.

“Ironinya, orang yang berfikiran waras tidak akan mendedahkan tubuhnya untuk tatapan umum, lebih-lebih lagi ketika sedang melakukan hubungan seks di ranjang yang boleh menjatuhkan maruah sendiri,” ujar Kamal Affendi.

TELEFON bimbit merupakan peranti paling mudah untuk merakam aksi pana

TELEFON bimbit merupakan peranti paling mudah untuk merakam aksi pana

Dalam konteks ini, wanita dilihat sebagai mangsa utama. Kebanyakan rakaman video seks amatur memaparkan aksi ghairah wanita dan amat jarang ditemui rakaman yang mendedahkan muka lelaki.

Disebabkan itu, kaum wanita sering berdepan dengan ugutan penyebaran aksi panas berbanding lelaki yang menjadi perakam.

“Kebanyakan kes ugutan menjadikan kaum wanita sebagai mangsa. Namun, merujuk kepada siasatan dan kes-kes yang diadukan, pengugut tidak berniat untuk menyebarkan rakaman aksi seks tersebut sebaliknya mereka berbuat demikian kerana tidak mahu kehilangan wanita tersebut.

“Saya percaya ugutan itu hanya pura-pura. Ugutan itu cuma umpan mereka untuk memeras bekas teman wanita bagi mendapatkan wang, seks, perlindungan dan sebagainya,” kata Kamal Affendi.

Jelasnya lagi, sangat jarang pengugut menyebarkan rakaman aksi seks melainkan yang mengugut itu ialah pihak ketiga.

Awas Rakaman Klip Video, Gambar

Sebarang rakaman klip video atau gambar yang disimpan dalam memori telefon bimbit jangan disangka terpadam sepenuhnya setelah pengguna berkenaan menekan butang ‘padam.’

8e0ad0fcb0ec6168Orang ramai mungkin tidak sedar bahawa hampir 95%data memori dalam telefon bimbit yang sudah dipadam itu boleh diperoleh semula menggunakan perisian tertentu.

Ia bukan saja boleh dilakukan oleh mereka yang profesional, malah sesiapa saja mampu melakukannya dengan memuat turun perisian menerusi laman web Internet.

Perkembangan itu bermakna data-data peribadi pemilik telefon bimbit adalah terdedah dan privasi mereka berisiko diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

c144d4deeb2e21d4Perbuatan seumpama itu akan mengundang masalah sekiranya ada pihak yang menyalahgunakan perisian terbabit dengan niat untuk menceroboh ruang peribadi seseorang itu.

Masalah lebih serius sekiranya ia melibatkan data-data seperti rakaman klip video atau gambar berunsur seks membabitkan pemilik telefon bimbit itu.

“Masalah itu boleh berlaku apabila telefon bimbit bertukar hak milik, misalnya ketika seseorang pemilik itu menjualnya kepada pihak lain. Ia juga boleh berlaku ketika telefon bimbit dihantar ke kedai untuk dibaiki atau ia dipinjamkan kepada kenalan.

britanny-smith1Apa yang berlaku kemudian ialah pihak yang berniat jahat akan mengambil kesempatan melakukan ugutan terhadap mangsa atau lebih teruk ia didedahkan kepada umum, seperti yang biasa berlaku sejak kebelakangan ini.

Data tersimpan dalam cakera keras komputer yang sudah terpadam juga tidak terkecuali daripada risiko itu kerana pihak yang tidak bertanggungjawab tetap boleh menggunakan kaedah sama untuk mendapatkan semula data terbabit.

veronica-hadad2Contohnya seperti yang berlaku ke atas artis Hong Kong terkenal, Edison Chen yang pada tahun lalu menggemparkan seluruh dunia dengan penyebaran gambar dan klip video seks membabitkan dirinya dengan beberapa artis wanita terkenal yang lain. Ia berlaku selepas beliau hantar komputernya untuk dibaiki.

Oleh itu AWAS atau berhati-hatilah dan cuba elak daripada  merakam perkara tidak bermoral tidak kira menggunakan telefon bimbit atau peralatan elektronik lain.

Seperti yang kita tahu sudah banyak  aduan yang dibuat oleh mangsa-mangsa dimana mangsa diugut oleh bekas pasangan yang mendakwa memiliki rakaman video hubungan seks atau gambar intim ketika hubungan terdahulu.

Oleh itu, berfikirlah dua tiga kali (baik & buruknya) sebelum merakam aksi atau gambar anda yang terlampau walaupun ianya untuk kegunaan anda sendiri.