Tag Archive: tangkap khalwat


Malam buat maksiat di rumah sewa, pagi dicekup lagi di motel

PASANGAN remaja ditahan  dua kali dalam tempoh 10 jam   di hotel murah dan rumah sewa sekitar  Kubang Pasu, semalam.PASANGAN remaja ditahan dua kali dalam tempoh 10 jam di hotel murah dan rumah sewa sekitar Kubang Pasu, semalam.

JITRA: Tidak serik – itulah gambaran sesuai bagi sepasang kekasih yang ditangkap khalwat dua kali dalam tempoh 10 jam oleh kakitangan Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu di dua lokasi berbeza di sini, semalam. Pasangan pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berusia 19 dan 20 tahun itu kali pertama ditangkap berdua-duaan di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri di sini, jam 12.05 tengah malam kelmarin, dan dicekup kali kedua di sebuah motel murah di Taman Ehsan, dua kilometer dari lokasi pertama kira-kira jam 10 pagi semalam.

Sumber pejabat agama itu berkata, mereka ditahan ketika serbuan dilakukan di rumah sewa pelajar perempuan dan ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu berada berdua-duaan dalam sebuah bilik, manakala seorang rakannya tidur di bilik berasingan.

Pelajar perempuan itu berasal dari Kampung Sungai Korok di sini dan rakan serumahnya belajar di semester pertama sebuah IPTA di sini, manakala teman lelakinya yang berasal dari Kampung Teluk Malik, juga di sini belajar di sebuah IPTA lain.

Sumber berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota penguat kuasa pejabat agama membuat pemeriksaan dan mendapati pintu rumah itu berkunci dari dalam.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka remaja perempuan yang berpakaian lengkap dan membenarkan pemeriksaan dijalankan dan hasilnya mendapati dua motosikal, termasuk motosikal lelaki itu diletakkan di ruang tamu rumah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Sumber: Bharian @ 4/4/2012

wanita yang sanggup bergadai nyawa semasa cuba mengelak ditangkap khalwat di Kuantan

Seorang gadis sanggup bergadai nyawa dengan mencangkung di ruang selebar 20 sentimeter di tingkat empat sebuah hotel murah di Jalan Wong Ah Jang di sini bagi mengelak ditangkap berkhalwat oleh anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Bagaimanapun, usaha gadis berusia 20 tahun itu untuk menyembunyikan diri tidak berjaya apabila dia dikesan oleh anggota JAIP dalam Operasi Insaf tersebut.

Gadis yang berasal dari Dungun, Terengganu itu dikatakan didesak teman lelakinya untuk bersembunyi di ruang kecil berkenaan selepas menyedari bilik mereka diserbu anggota penguat kuasa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu bilik tersebut selama hampir 15 minit sebelum dibuka oleh seorang lelaki.

Harlina...pegawai kerajaan (pegawai imigresen) yg ditangkap khalwat masa harijadinya.

Harlina...pegawai kerajaan (pegawai imigresen) yg ditangkap khalwat masa harijadinya.

Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Harlina Harun, 33, yang bertugas di Pejabat Imigresen Sungai Petani, Kedah didakwa di bawah Seksyen 9(2) Enakmen Jenayah Syariah negeri Perlis kerana berkhalwat.

GAMBAR yang dirakam pada 24 September lalu ketika Mohd. Sazali membawa kek buah sempena hari jadi Harlina...kesian!

GAMBAR yang dirakam pada 24 September 2009 lalu ketika Mohd. Sazali membawa kek buah sempena hari jadi Harlina...kesian!

Berdasarkan fakta kes, tertuduh ditahan pukul 5.30 pagi pada 24 September lalu di Hotel Putra Palace, di sini bersama pasangannya Yeoh Wei Meng, 30, yang bukan muhrim beliau.

Ketua Hakim Syarie, Osman Ibrahim memutuskan ikat jamin sebanyak RM5,000 dikenakan ke atas Harlina selepas dia mengaku tidak bersalah.